MY REVIEW: AMAGI BRILLIANT PARK


5 Disember 2014

Halluu... Bertemu lagi kita... ^^v


Hari nie aku nak kongsi anime baru lagi ngan korang.. Anime nie agak baru juga sebab episode anime nie still ongoing lagi.. Buat masa sekarang la.. So jangan lak confuse kalo anda tengah membaca entry nie di tahun 2020 ke kan... Hoho... (Entah wujud lagi ke blog nie... Haha)

Anime hari nie bertajuk Amagi Brilliant Park


Amagi Brilliant Park merupakan sebuah taman hiburan di Jepun yang sudah lama. Satu hari Seiya Kanie dipaksa untuk pergi ke taman tersebut oleh seorang gadis misteri, Isuzu Sento. Sampai je diorang disana, Seiya amat terkejut dengan keadaan taman hiburan itu yang sudah usang dan tidak terurus. Selepas saja Seiya mencuba perkhidmatan yang terdapat di taman tersebut, dia di bawa berjumpa dengan Puteri Latifah Fleuranza, Pengurus sebenar Taman Hiburan tersebut.

Puteri Latifah meminta bantuan daripada Seiya untuk menjadi pengurus taman hiburan tersebut kerana dia percaya hanya dengan bantuan Seiya sahaja dapat mengembalikan kegemilangan Taman tersebut. Selain itu juga, Seiya kena memastikan taman tersebut dikunjungi oleh 250 000 orang dalam masa 3 bulan!! So adakah seiya akan terima proposal dari Puteri Latifah? Dan bagaimana caranya untuk pastikan Amagi Brilliant Park supaya tidak ditutup? So Kalau nak tahu cerita seterusnya.. jom tengok sesama.. Sebab aku pun nak tahu juga.. Hihihikk...


CREDIT TO OWNER


My Review:

Plot : 5/5
Karakter : 5/5
Ulasan: First time aku baca sinopsis cite nie kat kissanime .com (buang space) aku tak berapa tertarik sangat. Lebih-lebih lagi poster yang digunakan tu poster yang paling atas tu (poster yang first tu). Macam tak menarik je poster dia.. Lepas tu aku tengok komen budak-budak lain kat page tu... Semua cakap cite nie best.. Sebab tu try tengok.. And.. Tadaa... Memang tak mengecewakan... Cite nie sangat funny dan sangat best... Memang tak rugi untuk didownload dan tengok ngan famili... ^^.


p/s: Sekarang penulis sangat addicted tengok cite anime...




MY REVIEW: HAIKYUU!!



Hari nie aku nak berkongsi tentang anime yang aku da tengok dan patut aku share supaya korang tau cite tu patut di tengok... Hahaha..


Maybe da ada orang tengok.. and maybe ada yang tak tengok lagi.. So aku fokuskan benda nie kepada yang belum tengok...

So anime yang aku sarankan untuk korang tengok ialah... Haikyuu!!


CREDIT TO OWNER


Cite Haikyuu!! berkenaan dengan seorang pelajar sekolah (Shouyo Hinata) yang meminati sukan volleyball selepas menyaksikan satu perlawanan volleyball di televisyen. Oleh sebab dia cinta sampai mati dengan sukan nie dia pun masuklah club volleyball tapi malangnya club tu takde member langsung... Tapi atas usaha gigih Shouyo, akhirnya dia dapat mengumpulkan 6 ahli termasuk dia dan selepas tu diorang pun masuk pertandingan. Tapi malangnya group diorang terpaksa berlawan dengan pasukan favourite dalam pertandingan tersebut dan di dalam pasukan itu ada seorang pemain yang dikenali sebagai "King Of The Court" (Kageyama Tobio). So karakter Kageyama nie agak kerek sket la tapi dia memang seorang yang terer.. So dalam pertandingan tu, sekolah Shouyo kalah terukla dengan sekolah kageyama.

Selepas pertandingan itu, Shouyo telah menjadikan Kageyama sebagai rivalnya dan berjanji untuk mengalahkan Kageyama. Selepas beberapa bulan kemudian, Shouyo memasuki high school yang baru dan disana dia telah menjoinkan diri dalam Club Volleyball (Karasuna Volleyball High School). Dalam keadaan excited menuju ke club... Tetiba dia tenampak Kageyama Tobio di dalam club tuu.. Rupa-rupanya Kageyama adalah antara rakan pasukannya yang baru.

So kalau nak tahu apa yang jadi selepas nie.. Korang tryla tengok cite nie... Tak rugi punya... :)



My Review:

Plot : 5/5
Karakter : 5/5
Ulasan: Sangat best dan disarankan untuk ditengok... *Thumb Up




p/s So kepada pemohon BR1M yang masih belum mengisi atau mengemaskini permohonan anda bolehlah mengemaskini di SINI bermula pada1 Disember 2014 - 31 Disember 2014






Lunch Time...




12.07 PM..



Selamat tengahari kalian... Tengah buat apa? Kerja? Makan? Hmm... Bercakap pasal makan... Perut aku nie memang macam tak sabar da... Asyik berbunyi je dari tadi.... Macam terasa lambat pula peredaran masa... Tangan aku da bergeletar sebab rasa lapar yang amat sangat... Okey ini aku tipu je.. >_<


Nak tanya korang sikit boleh? Tak banyak pun.. Hihi... Korang selalu lunch kat mana?

kalo aku... Time study dulu... Aku selalu beli makanan kat luar kampus aku... Dekat luar kampus memang banyak sangat gerai makanan... So selalunya menu aku time lunch Nasi putih + Ayam Goreng + Pucuk Ubi Masak Lemak... Total semua RM 4.50. Murah kan? Dah tu sedap pula tuu... Sejak dari itu.. Menu lunch aku tak berubah sampailah aku graduate... Hoho...


Lepas tu bila da kerja nie... Aku selalu makan kat cafeteria dekat ngan opis aku... So satu hari mesti abis RM 6 - 7 ringgit... Nampak tak ketamakan di situkan? Hihi... Well aku nie biasalah... Suka sangat makan... lebih-lebih lagi kalo time tu ada makanan yang aku teringin nak makan... Memang aku sapu je... >_<

Tapi sekarang da berubah sikit.. Sebab baru-baru nie aku baru je dapat transfer kat kampung halaman aku... So sekarang aku selalu lunch kat rumah... :) Mak masak kan..So mestilah nak makan masakan mak.. :) Tambah-tambah lagi rumah dekat je dari tempat kerja kan.. So senang jelah nak ulang alik dari tempat kerja ke rumah  ^_^

So kalo aku nak buat kesimpulan kat sini... Aku lagi prefer makan kat rumah lah... Sebab kat rumah tak kesah la kita makan macam style apa pun... Sebab orang tak nampak.... Lagi selesa kan... (Oppss.. Terpecah rahsia) :p


CREDIT TO OWNER


Tapi itu semua bergantung ngan pilihan masing-masingkan... Ada orang suka makan kat luar... And ada pula orang suka makan kat rumah... Contohnya macam aku.. So tak payah nak sindir sangat ngan preferences orang lain kalo dia tak suka buat benda yang tak sama macam diri kita... Biasalah kita nie manusia.. Rambut je sama hitam.. tapi hati lain-lain... Tapi kalo rambut orang tu warna lain selain hitam macamana pulak? Haha... Tepuk dada tanya selera,.. Ok... Adios...



p/s  Penulis excited nak tunggu Gerhana Bulan...







Kimi Janakya Dame Mitai [ OP Song Anime Gekkan Shoujo Nozaki - Kun ]





CREDIT TO OWNER


Ano ko ga kinou nanka sugoku yasashikute
(Kimi janakya dame mitai)
Kochira toshite wa sonna tsumori nai kedo
(Kimi janakya dame mitai)
Iya bareten jan tteka kikoeten jan sore
(Kimi janakya dame mitai)
Atama no naka ohanabatake da toka shoujo manga da toka
Mou nandatte dou datte ii
Sou ima sugu kimi ni aitai
Kimi ni atte tashikamete mitai
Sekai no kotowari ai no teigi shiawase no category
Mada mada kimi wo shiritai
Konna serifu gara demo nai kedo
Donnani kakkou tsukete tatte hajimarya shinai
Kimi janakya dame mitai
Ima goro ni natte kizuita tokoro de sa
(Kimi janakya dame mitai)
Ashita mo ie no mae tooru wake dakedo
(Kimi janakya dame mitai)
Iya wakatten jan tteka kitai shiten jan sore
(Kimi janakya dame mitai)
Kono sai uwasa banashi da toka go kinjo tsukiai da toka
Mou narifuri kamatte ran nai
Sou tashika ni kimi shika inai
Kimi dake ni wa ari no mama itai
Warai koroge tari guchi tare tari naki beso tsuyogattari
Konoyo de tada hitori mitai
Jibun demo waracchau ndesu kedo
Hoka no dareka ja mou mitasare yashi nai
Kimi janakya imi ga nai
Sanzan mayotte kabe ni atatte
Marude kokoro wa kimi he no meiro
Kangae sugite michi ga wakarete
Migi da hidari da zenbu share kusai
Mou nandatte dou datte ii
Sou ima sugu kimi ni aitai
Kimi ni atte tashikamete mitai
Sekai no kotowari ai no teigi shiawase no category
Mada mada kimi wo shiritai
Konna serifu gara demo nai kedo
Donnani kakkou tsukete tatte hajimarya shinai
Kimi janakya dame mitai
Kimi janakya dame mitai
( Credit to : kashigaf . wordpress . com )
p/s Penulis suka sangat kat  lagu nie even tak berapa nak tengok animenye... Sangat best... * Double Thumbs!! 

Happy Birthday To My Dear Sister....



1.02 pagi...

Dikala orang tengah enak beradu... Aku pula terlebih energetik untuk menaip... Even aku da rasa mengantuk.. Tapi mata aku still takleh nak tido... Aku pun tak faham ngan kondisi badan aku nie... Time terlebih penat memang payah nak tido... Dan apa yang lebih membuatkan aku confuse.. aku sendiri pun tak tahu benda apa yang aku buat sampai aku rasa penat... Sedangkan aku takde pun nak buat keja kat rumah sangat.. Hmm... Pelik tapi benar...  Huhu..

Semalam ( 7 september ) hari jadi my sister.. Adik yang paling bongsu.. Sweet 17 katanye... Tapi sweet ka?? Haha... Model yang kat header tuu is my sister la... Dia terpaksa jadi model... Sebab sister dia nie jenis suka memaksa... So takde pilihan.. :)) Tapi trimas kat adik aku sebab sudi jugak jadi model untuk pic kat atas tu... ^^

So sebelum hari jadi dia kami da rancang nak beli cake birthday... Asal ada birthday je memang kitaorang selalu order kat bff dia... So tahun nie pun beli kat kawan dia tu la... Tapi yang lucunya... kitaorang suruh dia (my sister) sendiri yang pesan cake tuu.. Kekekhh... langsung tak suprise la kan...
Hehe.. Birthday party nie kami just buat kecil-kecil... Tetamu VVIP semua dari kalangan keluarga je (just Ash clan).... Selepas nyanyi lagu birthday (seperti biasa hanya suara aku yang kedengaran).. Birthday girl make a wish.. then tiup lilin.. potong kek and makan sambil menonton Masterchef US.. Lepas tu majlis bersurai.. hihi... Just a simple routine... Tapi bagi aku simple is perfect... ^^,

So to birthday girl... Happy Birthday and May God bless you... Also I wish you all the best for your SPM... Gambatte!!   

CREDIT TO THE OWNER


Okay... Selesai my entry... Beriye-iye konon nak menaip.. sekali tengok entry pendek giler.. hehe... So sayonara... And ada idea kita jumpa lagi... Bye-bye....


P/s  Penulis belum lagi buat blogwalking kat mana-mana blog... Sebab masih segan ngan kondisi blog ni..



MY REVIEW: KASUKA NA KONOJO


11.52 pm

Holla.. ;)

Selamat malam kalian... Tetiba terlebih rajin pula aku nak buat entry... Tadi baru je lepas abis tengok drama japanese.. Cite yang sangat best..! So nak share ngan korang la.. Biasalakan.. Sharing is caring..Caring is 😍 

CREDIT TO OWNER


Cite nie tentang seorang cikgu lelaki (Kamiyama Sensei) yang tak berapa nak motivated dalam pekerjaan beliau... Dia tak suka nak campur tangan dalam kehidupan student dia.. So even dia tahu student dia tu ada masalah dia tetap pegang prinsip yang dia taknak campur tangan dalam hal-hal macam tu... Semua ini disebabkan dahulunya (previous school) beliau gagal membantu pelajar beliau yang kena buli.. Tapi lama kelamaan cikgu nie berubah setelah mengenali Akane... Akane nie sebenarnya hantu.. Sebelum Akane meninggal dia pun seorang cikgu... Apa yang menyedihkan.. Akane sendiri tak ingat sebab apa dia meninggal... T_T

Student-student dalam cite nie takdelah gangster seperti dalam cite Gokusen... Watak diorang ala-ala watak student kat dalam cite Hammer Session!. Budak yang takleh lepas handphone... Budak yang memberontak sebab parent tak pay attention kat diorang... And then budak yang suka membuli dan di buli... Cliche but... Itu realitinya....

Element sedih sangat banyak... Sampai tersumbat pulak hidung aku sebab terlebih nanges... Sedih... Terharu... Dan macam-macam lagi lah... So jangan segan... And jangan silu silau tengok cite nie ye.... Sebab ianya sesuai untuk semua lapisan umur...  Tajuk drama nie adalah Kasuka Na Konojo...



Tekan SINI kalo nak tengok cite nie okay...

So sampai sini je entry kali nie... bubye....


P/s Da jam 1.20 pagi rupanya... Penulis nak ucapkan Selamat Hari Merdeka yang ke-57... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta~~



MY REVIEW: NO GAME NO LIFE




Holla.... Hi guys.. Sihat? Harap-harap ar korang sihat.. Sekarang kat tempat keja aku nie penyakit mata merah a.k.a conjunctivitis sedang berleluasa. SO agak banyak jugakla member bercuti-cutian sekarang nie.

Hmm... Sekarang nie otak aku da kering yang amat sampai takde langsung idea yang datang.. So agak lonely jugaklah blog aku nie.. Kesian.. Tuannya nie just hangat-hangat taik ayam menaip kat sini... Bianhamida my blog... T_T

CREDIT TO OWNER


Sebenarnya aku sekarang tengah mencari-cari drama japanese yang best.. Nak berjinak-jinak semula la kununnye sebab da terlampau lama sangat tengok drama korea kan... :) So da tak mau feel jiwang-jiwang aku pun try la tengok drama jepun  pula... So aku pun bertanya la kat kawan aku nie... Sebab beliau agak advance sikit dalam hal nie kan...Tapi malangnya dia tak berapa da nak tengok cite drama.. Dia lagi suka tengok anime.. So dia suggest aku tengok anime "No Game... No Life..."

Anime ni memang best...! Cerita ini mengisahkan gamer yang dikenali sebagai BLANK yang boleh mengalahkan 1200 gamer dalam satu masa. Para gamer menganggap BLANK mengunakan cheat semasa bermain tetapi sebenarnya tidak. BLANK dianggotai oleh dua orang adik-beradik iaitu Sora dan Shiro. Suatu hari mereka mendapat jemputan daripada "Tuhan" untuk dilahirkan semula (REBORN) ke dunia game. Dekat dunia tu diorang hanya dibenarkan untuk bermain game untuk menyelesaikan masalah. So segala keganasan seperti membunuh, merompak dan sebagainya adalah dilarang sama sekali.  ;)

CREDIT TO OWNER

Huhu...Sinopsis yang aku bagi nie macam tak berapa nak best kan? Takpe.. korang try la tengok dulu... So lepas tu baru komen best ke tak... :) Anime nie baru je lepas habis season 1. Season 2 tak tahu lagi bila nak dikeluarkan... Aku lepas je habis tengok season 1 memang tak sabar-sabar nak tunggu season 2. Anime nie pun ada manga juga. Tapi kat manga lambat sangat.. Malas nak tunggu...

So kalo rasa-rasa nak tengok pergi lah kat SINI..


Okay sampai sini je coretan aku petang nie.... Bubye...



p/s Just peringatan wahai reader semua... Anime nie ada unsur-unsur pervert... Walau tak banyak tapi penulis tetap nak buat reminder juga... Takut kang korang terkejut beruk bila tengok cite tu nanti... Huhu..


Katakan Ya Pada Senaman!

 

  HOLLA ~ ~


Dah sangat berkurun aku tak up-date blog aku nie... Nak buat camne kan? Idea takde.. Kesian.. T_T

Hari nie seperti biasa.. Gi kat tempat kerja.. Sampai je kat tempat opis.. Aku pun makan arr bekal yang Mak aku buat.. (Still minta Mak buatkan bekal... huhu) Aku nie biasalah.. Makan dengan lahapnya macam berminggu-minggu tak makan... Maka just sehari je kut tak makan.. Kekekeh... Tetiba baru aku teringat yang aku baru buat challenge untuk diri aku... "44 Days Without Food".. Just minum air je... Hoho... Sekali hari kedua da berkakai tak hengat dunia... Haha... 

Sebenarnya aku dapat inspirasi selepas tengok cite "David Blaine". Time tu dia tak makan 44 hari.. So badan dia susut sebanyak 30 pauns = 13.6 kg.. Banyak tu walaupun beliau hampir nak k.o sebab ekstrem sangatkan guna cara macam tu.. Tapi lepas dari itu, badan beliau naik mendadak.. Giler berisi badan beliau... So effect dia kejap je kan.. Tapi lepas dari tu badan dia fit semula... Terbentuk semula six pax beliau.. Rahsianya? Mestilah bersenam... Sebenarnya aku nie memang dari DULU~ lagi nak kurangkan berat badan.. Sejak DULU~ lagi tau.. Haha... Tapi oleh sebab daya tahan aku nie tak kuat... Memang tak pernah nak success la aku nak kuruskan badan.. Huhu..

 So pada sesiapa yang berazam nak menguruskan badan... Jom ar bersukan... Tapi jangan ajak aku... Aku nie memang tak suka bersukan... ^-^. 

Sampai kat sini je entry aku kali nie... So.. Sayanora..

p/s Jangan terikut-ikut pemilik blog nie untuk tidak suka bersukan.. Sesungguhnya sukan/bersenam itu baik untuk kesihatan anda... Peace!

                                                   
CREDIT TO OWNER

KLIP KERTAS



CREDIT TO THE OWNER
        Sedang aku menyibukkan diri membuat fail meja.. Tetiba aku diserbu oleh encik yang bertanya tentang hal-hal yang aku tak tahu... Terus tangan aku berhenti membuat kerja... lantas aku tatap muka orang yang menanya soalan itu kepada aku..Bersungguh-sungguh orang tu bertanya... Aku ngan selamba badak just jawab tak tahu... Boleh tak? Haha... Iyalah aku pun tak tahu benda tu ada ke takde... Hihi... So Encik tu pun mula berceloteh... Dia mengingatkan aku tentang kerja yang harus aku buat... Hmm... Nasib arr aku orang baru... So aku buat-buat dengar jelah.... Aku sebenarnya memang tak tahu sangat keja aku apa kat sini.... Da ar komputer pun takde kat meja.. Ini pun pinjam pc kakak sebelah sebab kakak tu bercuti.. Kalo tak.. memang aku duduk macam tunggul jelah kat meja aku nie...  Selepas encik tu siap berceloteh.. Aku pun sambung buat balik fail meja aku...

     Tengah sibuk-sibuk aku membuat keja.. Tetiba aku rasa macam skirt aku tetiba jadi longar... Aku ingatkan pin skirt aku terbuka... Tapi rupa-rupanya pin aku terputus benang.. Adui..... Entah apakah malangnya nasib aku nie..... Menyampah betul aku..... Aku tengok kat sekeliling.. Nak cari benda apa yang aku nak guna... Nasib baik jumpa klip kertas.... So hari nie skirt aku just berklip kan klip kertas... Hoho...

SEKIAN...