MY REVIEW : WHILE YOU WERE SLEEPING

Heya guys...

Hari ini aku nak review cite drama korea : While You Were Sleeping lakonan Lee Jong Suk (Pelakon Pinocchio, I Can Hear Your Voice, World dll) dan Suzy (Dream High, Gu Family Book dll). Cite ni start airing 27 September 2017 lagi, tapi time tu aku tak berkenaan sangat nak tengok sebab thriller dia macam tak best je. Tapi time kat youtube banyak la pula drama ini muncul kat 'Suggestion Video'. So bila try tengok.. terus jatuh cinta.. HAHA.

Drama ini mengisahkan tentang watak Nam Hong Joo (Suzy) yang ada keistimewaan dimana setiap mimpi beliau akan jadi kenyataan. Satu hari, dia bermimpi memeluk seseorang lelaki yang beliau sendiri tidak kenal. Keesokkannya, beliau dapati yang lelaki tersebut adalah jiran baru beliau iaitu Jung Jae Chan (Lee Jong Suk). So first impression Jae Chan tak berapa okay sangat kat Hong Joo disebabkan Hong Joo bersikap rude pada hari pertama diorang bejumpa. Mungkin disebabkan mimpi yang Hong Joo alami, so dia berhati-hati nak berhubung dengan Jae Chan ni.

Satu hari, Hong Joo dapat mimpi yang mak dia akan meninggal disebabkan 'kesalahan' beliau. So Hong Joo tak keruan time tu dan beliau pun memotong pendek rambut beliau kerana dalam mimpi tersebut beliau berambut panjang dengan harapan perkara itu tidak akan terjadi. SO...

kalau nak tahu cite seterusnya.. Korang tengoklah sendiri ok. Huhu~

CREDIT TO THE OWNER
My Review:

Plot/Character = 4/5
Ulasan: Cite ni pendek je 35 minutes untuk 1 episode. Pendek sangat!  :'(