MY REVIEW: KASUKA NA KONOJO


11.52 pm

Holla.. ;)

Selamat malam kalian... Tetiba terlebih rajin pula aku nak buat entry... Tadi baru je lepas abis tengok drama japanese.. Cite yang sangat best..! So nak share ngan korang la.. Biasalakan.. Sharing is caring..Caring is 😍 

CREDIT TO OWNER


Cite nie tentang seorang cikgu lelaki (Kamiyama Sensei) yang tak berapa nak motivated dalam pekerjaan beliau... Dia tak suka nak campur tangan dalam kehidupan student dia.. So even dia tahu student dia tu ada masalah dia tetap pegang prinsip yang dia taknak campur tangan dalam hal-hal macam tu... Semua ini disebabkan dahulunya (previous school) beliau gagal membantu pelajar beliau yang kena buli.. Tapi lama kelamaan cikgu nie berubah setelah mengenali Akane... Akane nie sebenarnya hantu.. Sebelum Akane meninggal dia pun seorang cikgu... Apa yang menyedihkan.. Akane sendiri tak ingat sebab apa dia meninggal... T_T

Student-student dalam cite nie takdelah gangster seperti dalam cite Gokusen... Watak diorang ala-ala watak student kat dalam cite Hammer Session!. Budak yang takleh lepas handphone... Budak yang memberontak sebab parent tak pay attention kat diorang... And then budak yang suka membuli dan di buli... Cliche but... Itu realitinya....

Element sedih sangat banyak... Sampai tersumbat pulak hidung aku sebab terlebih nanges... Sedih... Terharu... Dan macam-macam lagi lah... So jangan segan... And jangan silu silau tengok cite nie ye.... Sebab ianya sesuai untuk semua lapisan umur...  Tajuk drama nie adalah Kasuka Na Konojo...



Tekan SINI kalo nak tengok cite nie okay...

So sampai sini je entry kali nie... bubye....


P/s Da jam 1.20 pagi rupanya... Penulis nak ucapkan Selamat Hari Merdeka yang ke-57... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta~~



MY REVIEW: NO GAME NO LIFE




Holla.... Hi guys.. Sihat? Harap-harap ar korang sihat.. Sekarang kat tempat keja aku nie penyakit mata merah a.k.a conjunctivitis sedang berleluasa. SO agak banyak jugakla member bercuti-cutian sekarang nie.

Hmm... Sekarang nie otak aku da kering yang amat sampai takde langsung idea yang datang.. So agak lonely jugaklah blog aku nie.. Kesian.. Tuannya nie just hangat-hangat taik ayam menaip kat sini... Bianhamida my blog... T_T

CREDIT TO OWNER


Sebenarnya aku sekarang tengah mencari-cari drama japanese yang best.. Nak berjinak-jinak semula la kununnye sebab da terlampau lama sangat tengok drama korea kan... :) So da tak mau feel jiwang-jiwang aku pun try la tengok drama jepun  pula... So aku pun bertanya la kat kawan aku nie... Sebab beliau agak advance sikit dalam hal nie kan...Tapi malangnya dia tak berapa da nak tengok cite drama.. Dia lagi suka tengok anime.. So dia suggest aku tengok anime "No Game... No Life..."

Anime ni memang best...! Cerita ini mengisahkan gamer yang dikenali sebagai BLANK yang boleh mengalahkan 1200 gamer dalam satu masa. Para gamer menganggap BLANK mengunakan cheat semasa bermain tetapi sebenarnya tidak. BLANK dianggotai oleh dua orang adik-beradik iaitu Sora dan Shiro. Suatu hari mereka mendapat jemputan daripada "Tuhan" untuk dilahirkan semula (REBORN) ke dunia game. Dekat dunia tu diorang hanya dibenarkan untuk bermain game untuk menyelesaikan masalah. So segala keganasan seperti membunuh, merompak dan sebagainya adalah dilarang sama sekali.  ;)

CREDIT TO OWNER

Huhu...Sinopsis yang aku bagi nie macam tak berapa nak best kan? Takpe.. korang try la tengok dulu... So lepas tu baru komen best ke tak... :) Anime nie baru je lepas habis season 1. Season 2 tak tahu lagi bila nak dikeluarkan... Aku lepas je habis tengok season 1 memang tak sabar-sabar nak tunggu season 2. Anime nie pun ada manga juga. Tapi kat manga lambat sangat.. Malas nak tunggu...

So kalo rasa-rasa nak tengok pergi lah kat SINI..


Okay sampai sini je coretan aku petang nie.... Bubye...



p/s Just peringatan wahai reader semua... Anime nie ada unsur-unsur pervert... Walau tak banyak tapi penulis tetap nak buat reminder juga... Takut kang korang terkejut beruk bila tengok cite tu nanti... Huhu..


Katakan Ya Pada Senaman!

 

  HOLLA ~ ~


Dah sangat berkurun aku tak up-date blog aku nie... Nak buat camne kan? Idea takde.. Kesian.. T_T

Hari nie seperti biasa.. Gi kat tempat kerja.. Sampai je kat tempat opis.. Aku pun makan arr bekal yang Mak aku buat.. (Still minta Mak buatkan bekal... huhu) Aku nie biasalah.. Makan dengan lahapnya macam berminggu-minggu tak makan... Maka just sehari je kut tak makan.. Kekekeh... Tetiba baru aku teringat yang aku baru buat challenge untuk diri aku... "44 Days Without Food".. Just minum air je... Hoho... Sekali hari kedua da berkakai tak hengat dunia... Haha... 

Sebenarnya aku dapat inspirasi selepas tengok cite "David Blaine". Time tu dia tak makan 44 hari.. So badan dia susut sebanyak 30 pauns = 13.6 kg.. Banyak tu walaupun beliau hampir nak k.o sebab ekstrem sangatkan guna cara macam tu.. Tapi lepas dari itu, badan beliau naik mendadak.. Giler berisi badan beliau... So effect dia kejap je kan.. Tapi lepas dari tu badan dia fit semula... Terbentuk semula six pax beliau.. Rahsianya? Mestilah bersenam... Sebenarnya aku nie memang dari DULU~ lagi nak kurangkan berat badan.. Sejak DULU~ lagi tau.. Haha... Tapi oleh sebab daya tahan aku nie tak kuat... Memang tak pernah nak success la aku nak kuruskan badan.. Huhu..

 So pada sesiapa yang berazam nak menguruskan badan... Jom ar bersukan... Tapi jangan ajak aku... Aku nie memang tak suka bersukan... ^-^. 

Sampai kat sini je entry aku kali nie... So.. Sayanora..

p/s Jangan terikut-ikut pemilik blog nie untuk tidak suka bersukan.. Sesungguhnya sukan/bersenam itu baik untuk kesihatan anda... Peace!

                                                   
CREDIT TO OWNER