MY REVIEW : RAATCHASI


(Credit to the Owner)

Heyoo~

Bertemu lagi kita gais~~

Okay di pagi yang indah ni, aku nak review movie bertajuk 'Raatchasi'.. Ahh cite tamil gais... Best sangat cerita ni... Jom start!

Cerita ini mengisahkan seorang cikgu bernama Geeta Rani yang ditempatkan di sebuah sekolah yang boleh dikatakan agak mundur.. Kenapa? Sebab rata-rata muridnya suka bergaduh hanya kerana perbezaaan kasta, cikgu-cikgunya (bukan semua) menyalahguna kuasa (guna duit kerajaan sesuka hati) dan bahkan anak-anak bukan disuruh belajar tetapi disuruh buat kerja luar supaya cikgu tu (watak jahat dalam cerita ini la senang cerita)  dapat wang poket dari pihak yang satu lagi.. Dah tu, yang lagi mengejutkan parent diorang pun tahu.. Aku assume mereka tahu sebab lelaki A(aku assume dia ni macam Pembantu Operasi la senang cerita) memberitahu yang parent ini 'complaint' sebab sikit sangat wang yang diberikan oleh lelaki B (lelaki yang menggunakan perkhidmatan budak sekolah ni untuk buat kerja). *Facepalm*

So semasa Geeta dalam perjalanan ke sekolah tu, lelaki yang hantar dia tu cakaplah yang sekolah tu tak selamat.. Tapi time tu Geeta hanya senyum saja.. Tak cakap pun apa-apa. Setelah sampai, Geeta dengan seorang ibu dan anak (yang turut sama dengan beliau) tu pun pergilah pejabat sekolah tu.. Time tu, adalah kakak ni (Pembantu Tadbir la kali.. huhu) sibuk main phone. Bila Geeta tanya tak buat ke bacaan doa pagi? Kakak tu start la membebel.. Dia cakap Geeta ni ganggu dialah.. blaa blaaa.. Terus dia cakap tunggu la kat luar tu.. Penolong Kanan tak sampai lagi katanya. So Geeta ni pun bawa la ibu dan anak ni tunggu kat luar. Dalam beberapa minit, muncul la si Penolong Kanan.. Siap mengusha-usha lagi cikgu perempuan.. (Aigooo.. Gila cikgu dia ni..)

Bila kakak kerani tu nampak je Penolong Kanan.. tetiba jadi sopan.. huhu.. Cakap ada parent nak jumpa dia.. Penolong Kanan tu tanya kenapa lambat sangat nak mendaftar.. Blahh blah bla.. sambil bagi satu paper kecil kat Geeta ni.. Geeta tanya ni apa.. Penolong Kanan tu dengan sinisnya cakap tu yuran sekolah.. Apa lagi menyirap la darah si Geeta ni.. Sebab harga yuran yang dibagi 10 kali ganda dari harga sebenar.. Dia tanya kenapa mahal sangat? Bukankah bayaran yuran murah je..? Penolong Kanan tu start la menghina si Geeta ni.. Dia cakap yuran tu da kira murah la tu berbanding sekolah swasta.. Kalau tak mampu bayar.. tak payah sekolahkan anak.. Dah keluar ko..! AHH GITU DIA CAKAP.. BUKAN GILA KE TU?? AIGOOO~

Geeta apa lagi.. Keluar je dari pejabat tu.. Dia bunyikan loceng sekolah... Terkejut teruklah semua orang kat sekolah tu.. Penolong Kanan tu marah gile-gile.. Dia suruh kakak kerani tu berhentikan si Geeta.. Si Geeta terus keluarkan satu sampul surat yang ada di begnya dan bagi kat Kakak tu..Kakak tu buka la surat tu.. terus dia cakap.. 'Puan ni Guru Besar sekolah kita"

Jeng.. Jeng... Jeng...


Ah.. Panjang lebar aku taip.. WAKAKAHH...

Korang pergilah tengok ya... Sangat best ceritanya.. Sedih pun memang sedih.. Aku tengok cerita ni dengan laki aku.. Bila part yang sedih tu.. Memasing kunci mulut.. Lap air mata sembunyi-sembunyi.. Wakakhh.. Touching abis...

Okay sampai disini saja cerita aku.. Bubye~

Nota Kaki: Takde apps Blog yang free kat Apple Store? Aigoo Sedih Mak T_T

My Review : KIMETSU NO YAIBA



Hello~~

Dah lama tak update.. Huhu.. Okay hari ni aku nak review satu anime yang sangat best...

Kimetsu No Yaiba~



                                                          (Credit to the Owner)

Cerita ni menceritakan tentang seorang budak bernama Tanjiro yang mempunyai keistimewaan deria hidu yang luar biasa. Dia ni tinggal di atas gunung bersama ibu dan adik-adiknya. Satu hari ni, dia bercadang untuk turun ke bawah gunung sebab nak jual arang.. So bila da abis.. Dia pun nak balik la ke rumah dia.. Masa dalam perjalanan balik tu, ada satu orang pakcik yang tinggal di kaki gunung tu tahan dia dari naik gunung.. Da gelap katanya.. Tak selamat sebab ada ‘demon’ yang suka makan darah manusia.

Si Tanjiro pada mulanya taknak tapi pakcik tu tetap juga berkeras untuk dia bermalam dirumahnya. So si Tanjiro ini mengalahlah. Time makan malam tu, si Tanjiro tanyalah pakcik ni.. Kalau ‘demon’ ni betul-betul wujud ke tak? Sebab Tanjiro ni fikir ‘demon’ macam dongeng.. Tapi pakcik ni dengan yakinnya cakap memang ada ‘demon’ tu.. Dan diorang semua ni masih dalam keadaan selamat kerana adanya ‘Demon Slayer Corps’. 

Keesokan paginya, selepas Tanjiro ucap thank you dengan pakcik tu.. Dia pun berangkat la naik ke atas gunung semula.. Semasa dalam perjalanan, tetiba dia terhidu bau darah.. So dia berlari dengan cemas untuk pergi ke rumahnya.. Alangkah terkejutnya.. Semua ahli keluarga si Tanjiro dalam keadaan berdarah dan tidak bernyawa lagi kecuali adik keduanya, Nezuko. 



   (Credit to the Owner)

So dia dalam keadaan panik mengangkat adik perempuannya turun semula ke bawah gunung.. Dalam masa yang sama dia terfikir siapa yang menyerang keluarganya itu. Tanpa di sedari.. Si Nezuko tiba-tiba terbangun.. Si Tanjiro ni fikir adiknya da sedar dan dia menyuruh adiknya jangan bergerak sebab dia takut adiknya tambah parah. Tapi Nezuko pula asyik bergerak-gerak dan menyebab Tanjiro dan Nezuko terjatuh di bukit. Nasib time tu salji tebal.. so diorang terselamat la.. Semasa si Tanjiro tercari-cari adiknya tu, dia masih tak tahu lagi perubahan si Nezuko. (Or da tahu? Maybe sebab dia nak fikir positif je kan..). Tetiba si Nezuko menyerang dia.



                                                        (Credit to the Owner)

Time tu Tanjiro da rasa lain sebab bau adik dia da tak macam Nezuko yang dulu. Dia pun menangis dan merayu adiknya untuk kuatkan semangat.. Tetiba si Nezuko menangis.. 




                                                                (Credit to the Owner)


Dalam pada yang sama datang seorang lelaki dengan pedang samurai berlari arah mereka.. Nama lelaki tu Tomioka.. Dia ni salah seorang ahli ‘Demon Slayer Corps’




                                                                (Credit to the Owner)

Selepas tu...... Ahh! Ok cukup.. Panjang giler cerita.. Hampir abis cerita episode 1 aku nak ceritakan... 😂😂 

Bagi aku.. cerita ni sangat best!! Lebih-lebih cerita episode 1 ni.. memang terus jatuh cinta sampai tak boleh nak bincang.. Fuhh.. 

Okaylah.. Sampai sini saja review aku kali ni.. Jumpa lagi pada next post~

Bubye~