My Review : KIMETSU NO YAIBA



Hello~~

Dah lama tak update.. Huhu.. Okay hari ni aku nak review satu anime yang sangat best...

Kimetsu No Yaiba~



                                                          (Credit to the Owner)

Cerita ni menceritakan tentang seorang budak bernama Tanjiro yang mempunyai keistimewaan deria hidu yang luar biasa. Dia ni tinggal di atas gunung bersama ibu dan adik-adiknya. Satu hari ni, dia bercadang untuk turun ke bawah gunung sebab nak jual arang.. So bila da abis.. Dia pun nak balik la ke rumah dia.. Masa dalam perjalanan balik tu, ada satu orang pakcik yang tinggal di kaki gunung tu tahan dia dari naik gunung.. Da gelap katanya.. Tak selamat sebab ada ‘demon’ yang suka makan darah manusia.

Si Tanjiro pada mulanya taknak tapi pakcik tu tetap juga berkeras untuk dia bermalam dirumahnya. So si Tanjiro ini mengalahlah. Time makan malam tu, si Tanjiro tanyalah pakcik ni.. Kalau ‘demon’ ni betul-betul wujud ke tak? Sebab Tanjiro ni fikir ‘demon’ macam dongeng.. Tapi pakcik ni dengan yakinnya cakap memang ada ‘demon’ tu.. Dan diorang semua ni masih dalam keadaan selamat kerana adanya ‘Demon Slayer Corps’. 

Keesokan paginya, selepas Tanjiro ucap thank you dengan pakcik tu.. Dia pun berangkat la naik ke atas gunung semula.. Semasa dalam perjalanan, tetiba dia terhidu bau darah.. So dia berlari dengan cemas untuk pergi ke rumahnya.. Alangkah terkejutnya.. Semua ahli keluarga si Tanjiro dalam keadaan berdarah dan tidak bernyawa lagi kecuali adik keduanya, Nezuko. 



   (Credit to the Owner)

So dia dalam keadaan panik mengangkat adik perempuannya turun semula ke bawah gunung.. Dalam masa yang sama dia terfikir siapa yang menyerang keluarganya itu. Tanpa di sedari.. Si Nezuko tiba-tiba terbangun.. Si Tanjiro ni fikir adiknya da sedar dan dia menyuruh adiknya jangan bergerak sebab dia takut adiknya tambah parah. Tapi Nezuko pula asyik bergerak-gerak dan menyebab Tanjiro dan Nezuko terjatuh di bukit. Nasib time tu salji tebal.. so diorang terselamat la.. Semasa si Tanjiro tercari-cari adiknya tu, dia masih tak tahu lagi perubahan si Nezuko. (Or da tahu? Maybe sebab dia nak fikir positif je kan..). Tetiba si Nezuko menyerang dia.



                                                        (Credit to the Owner)

Time tu Tanjiro da rasa lain sebab bau adik dia da tak macam Nezuko yang dulu. Dia pun menangis dan merayu adiknya untuk kuatkan semangat.. Tetiba si Nezuko menangis.. 




                                                                (Credit to the Owner)


Dalam pada yang sama datang seorang lelaki dengan pedang samurai berlari arah mereka.. Nama lelaki tu Tomioka.. Dia ni salah seorang ahli ‘Demon Slayer Corps’




                                                                (Credit to the Owner)

Selepas tu...... Ahh! Ok cukup.. Panjang giler cerita.. Hampir abis cerita episode 1 aku nak ceritakan... 😂😂 

Bagi aku.. cerita ni sangat best!! Lebih-lebih cerita episode 1 ni.. memang terus jatuh cinta sampai tak boleh nak bincang.. Fuhh.. 

Okaylah.. Sampai sini saja review aku kali ni.. Jumpa lagi pada next post~

Bubye~


Tiada ulasan:

Catat Ulasan