MY REVIEW : BLACK

Heya.. 

Hari ini aku nak kongsi drama korea baru. BLACK. Aku start tengok bila da episode 7. Firstly aku tak berapa gemar tengok MC perempuan tu.. Aku pun tak sure kenapa dan sebab itu aku lambat sikit start tengok. Hahaha

Tapi bila aku tengok episode pertama. Wow.. Terus jatuh hati dengan dia. Dia pandai berlakon. Cuma first2 tengok tu annoying juga bila dia nampak shadow tu kan.. Dalam hati menyumpah je takkan dia tak biasa lagi dengan talent dia tu. I mean dia ada talent tu dari kecil. So takkan dia takde perubahan langsung. Contoh buat tak tahu je ke kalau nampak.. Tp dia buat diri dia nampak sangat boleh tengok 'benda' tu. Tapi tu memang karakter dia patut bawa kan? So tengok jelah. Apa-apa pun aku ibaratkan watak dia ni macam bunga. Sebelum berkembang tu memang tak nampak lawa.. Tapi bila da nampak 5 kelopak dia tu.. AHH.. Di situ terserlah kecantikkan dia ni. 

So untuk MC lelaki pula.. Sangatlah lemah.. Bila nampak mayat ke, tengorak ke.. Dia muntah. So aku pun terfikir juga apa kawan sekerja dia cakap. Kata lepasan polis yg paling elite. Tapi tak nampak macam elite pun. Or maybe dia berlakon je kut.. Tapi tu lah.. Ni semua karakter diorang kan. Apa-apa pun memang menjadi. LOL.

Dan aku tertanya kenapa JOON tak ingat? Dia langsung tak ingat dengan Kang Ha - Ram. Adakah diorang buat sesuatu kat memori dia? Nak tahu juga kan.. 

Oya.. Lagi satu cara drama ini dibuat macam style Movie gitu.. Sebab pencahayaan mungkin.. Redup2. Or diorang memang nak buat cam tu.. Sebab nak nampak persekitaran tu gloomy kan. AND.. kadang-kadang aku tak faham.. tetiba je MC lelaki tu busy cari sesuatu yang aku sendiri tak tahu.. Terus aku confused kejap. Peristiwa ini lepas dia bangun daripada 'kematian' beliau. Lepas tu hujung-hujung tu baru tahu. Apa sebab dia cari ini orang ini dan itu. Ke korang da tahu apa sebenarnya dia nak cari apa time first2 dia bangun tu? Gila lembab sey aku nak tangkap cite ni.. Haha.

Ok lah sampai sini je review aku ye. Apa-apa pun aku rasa cite ni best. Pelakon dia sangat ngam untuk cerita ini. Adik aku pun rasa gandingan diorang amat menjadi. Jalan cite pun best. So korang jangan lupa layan cite ni okay. Until next time ye.. Bubye...

CREDIT TO THE OWNER



MY REVIEW : WHILE YOU WERE SLEEPING

Heya guys...

Hari ini aku nak review cite drama korea : While You Were Sleeping lakonan Lee Jong Suk (Pelakon Pinocchio, I Can Hear Your Voice, World dll) dan Suzy (Dream High, Gu Family Book dll). Cite ni start airing 27 September 2017 lagi, tapi time tu aku tak berkenaan sangat nak tengok sebab thriller dia macam tak best je. Tapi time kat youtube banyak la pula drama ini muncul kat 'Suggestion Video'. So bila try tengok.. terus jatuh cinta.. HAHA.

Drama ini mengisahkan tentang watak Nam Hong Joo (Suzy) yang ada keistimewaan dimana setiap mimpi beliau akan jadi kenyataan. Satu hari, dia bermimpi memeluk seseorang lelaki yang beliau sendiri tidak kenal. Keesokkannya, beliau dapati yang lelaki tersebut adalah jiran baru beliau iaitu Jung Jae Chan (Lee Jong Suk). So first impression Jae Chan tak berapa okay sangat kat Hong Joo disebabkan Hong Joo bersikap rude pada hari pertama diorang bejumpa. Mungkin disebabkan mimpi yang Hong Joo alami, so dia berhati-hati nak berhubung dengan Jae Chan ni.

Satu hari, Hong Joo dapat mimpi yang mak dia akan meninggal disebabkan 'kesalahan' beliau. So Hong Joo tak keruan time tu dan beliau pun memotong pendek rambut beliau kerana dalam mimpi tersebut beliau berambut panjang dengan harapan perkara itu tidak akan terjadi. SO...

kalau nak tahu cite seterusnya.. Korang tengoklah sendiri ok. Huhu~

CREDIT TO THE OWNER
My Review:

Plot/Character = 4/5
Ulasan: Cite ni pendek je 35 minutes untuk 1 episode. Pendek sangat!  :'(


MY REVIEW: OUR TIMES


Hai hai... KU KE UDARA LAGI... :')

Terus back to back post gitu. Haha. Sekarang aku nak buat review cerita movie Taiwan pula. Aku tau movie ni dari thriller kat FB la. Tapi apa yang aku hairan background lagu thriller tu lagu Thailand pula. Jauh betul..! :')

Bila aku tengok cite ni macam ada sikit-sikit macam cerita movie Thailand, First Love (Lakonan Mario Maurer). Hampir jelah tapi tak sama..

CREDIT TO OWNER

So cerita ini pasal budak perempuan yang tak berapa nak popular sangat  kat sekolah. Dia kena panggil 'Cheng Shin' bermaksud hati yang telus/jujur (cis ayat nampak sangat google translate :')). Kat sekolah tu biasalah, ada budak hensem+popular+pandai. Nama dia Ouyang Fei-Fan. So, macam biasa la Cheng Shin syok gila la ngan budak lelaki tu. Tapi tulah, sebab Cheng Shin ni biasa-biasa je kan, so Ouyang ni tak pandang sangat kat dia.

Satu hari, Cheng Shin dapat surat. Dia punya happy time tu. Dia ingat dari 'secret admirer' la. Sekali tengok surat tu surat berantai. LOL. Dia punya gugup dan panik, tak tahu nak buat apa sebab dekat surat tu diminta untuk memberikan 3 penerima yang lain kalau tak malapetaka akan terjadi pada dia. So akhirnya, dia pun bagi surat tu kepada cikgu kelas (sebab kuat marah), budak perempuan sekelas dia a.k.a jiran dia (sebab dia pissed kut dengan budak ni sebab rapat ngan pujaan dia tu kan) dan akhir sekali; Hsu Tai yu (budak lelaki yang samseng kat sekolah tu).

So time Hsu Tai Yu ternampak surat tu kat beg dia, dia ni pun fikir la yang dia dapat surat cinta. Bila dia berhenti dan baca surat tu, tetiba Tai Yu kena langgar kereta!

So....

AHH!! Aku dah malas nak sambung lagi. Korang rajin-rajin lah search cerita tu sendiri ye.. Hahha..

CREDIT TO OWNER

My Review:

Plot/Character = 5/5
Ulasan: Part akhir tu.. rasa spoil sikit.. Sebab aku jangkakan event yang lagi gempak. Tapi apa-apa pun cerita ni memang best.

MY REVIEW : LIVE UP TO YOUR NAME.


Hai hai !!

Lamanya aku tak share apa-apa kat sini.. Bayangkan lah last post aku yang terakhir 15 April 2015 lagi.. Ini memang da spesis pemalas tahap dewa da!! HAHA!

Okay.. Taknak panjang cerita, SEKARANG aku nak buat review pasal cerita korea yang aku tengok sekarang ni.

(p/s: Review ni berdasarkan citarasa aku. So kalau korang tak suka or tak bersetuju, no comment la ye.. )

Cite ini aku secara tak sengaja nampak kat tvn hari tu. Dah sampai separuh da. Masa tu masih episod 1.

Cite ni mengisahkan seorang Doktor Tradisional (Oriental Doctor), pakar akupunktur di zaman Joseon yang boleh merentas masa setiap kali beliau mengalami kecelakaan. Satu hari, oleh kerana beliau telah menyebabkan Raja Joseon mungkar beliau telah dijatuhkan hukuman penjara, namun beliau sempat melarikan diri. Pada masa beliau melarikan diri, seseorang telah memanah beliau tepat ke jantung dan menyebabkan beliau jatuh ke dalam air. Sedar je, beliau telah berada di Seoul.

Di sanalah beliau bertemu dengan seorang doktor moden, Choi Yeun Kyung. Dr. Choi ni hanya mempercayai perubatan moden walaupun Datuk beliau seorang pengamal perubatan tradisional.

Apa yang buat aku tertarik tentang cerita ni, sebab aku nak tengoklah macamana kepakaran Dr. Heo Im tu. Tapi tiap kali dia nak tunjuk kepakaran dia mesti ada je yang halang beliau. Spoil betul! Haha. And scene paling lucu bila Heo Im tu kemalangan so terpaksalah beliau dikejarkan di hospital tapi bolehlah pulak ahli paramedik tu tetiba sakit perut. Heo Im rasa kesian, dia pun buatlah akupunktur kat ahli paramedik tu walaupun dia dalam keadaan sakit. Bila da sampai, sepantas kilat diaorang switch tempat. LOL.

CREDIT TO THE OWNER
My Review:

Plot/Character = 5/5
Ulasan: Sedih cite ni bila korang tengok cite Heo Im kat zaman Joseon. :'(