MY REVIEW : LIVE UP TO YOUR NAME.


Hai hai !!

Lamanya aku tak share apa-apa kat sini.. Bayangkan lah last post aku yang terakhir 15 April 2015 lagi.. Ini memang da spesis pemalas tahap dewa da!! HAHA!

Okay.. Taknak panjang cerita, SEKARANG aku nak buat review pasal cerita korea yang aku tengok sekarang ni.

(p/s: Review ni berdasarkan citarasa aku. So kalau korang tak suka or tak bersetuju, no comment la ye.. )

Cite ini aku secara tak sengaja nampak kat tvn hari tu. Dah sampai separuh da. Masa tu masih episod 1.

Cite ni mengisahkan seorang Doktor Tradisional (Oriental Doctor), pakar akupunktur di zaman Joseon yang boleh merentas masa setiap kali beliau mengalami kecelakaan. Satu hari, oleh kerana beliau telah menyebabkan Raja Joseon mungkar beliau telah dijatuhkan hukuman penjara, namun beliau sempat melarikan diri. Pada masa beliau melarikan diri, seseorang telah memanah beliau tepat ke jantung dan menyebabkan beliau jatuh ke dalam air. Sedar je, beliau telah berada di Seoul.

Di sanalah beliau bertemu dengan seorang doktor moden, Choi Yeun Kyung. Dr. Choi ni hanya mempercayai perubatan moden walaupun Datuk beliau seorang pengamal perubatan tradisional.

Apa yang buat aku tertarik tentang cerita ni, sebab aku nak tengoklah macamana kepakaran Dr. Heo Im tu. Tapi tiap kali dia nak tunjuk kepakaran dia mesti ada je yang halang beliau. Spoil betul! Haha. And scene paling lucu bila Heo Im tu kemalangan so terpaksalah beliau dikejarkan di hospital tapi bolehlah pulak ahli paramedik tu tetiba sakit perut. Heo Im rasa kesian, dia pun buatlah akupunktur kat ahli paramedik tu walaupun dia dalam keadaan sakit. Bila da sampai, sepantas kilat diaorang switch tempat. LOL.

CREDIT TO THE OWNER
My Review:

Plot/Character = 5/5
Ulasan: Sedih cite ni bila korang tengok cite Heo Im kat zaman Joseon. :'(




Tiada ulasan:

Catat Ulasan