MY REVIEW: NO GAME NO LIFE




Holla.... Hi guys.. Sihat? Harap-harap ar korang sihat.. Sekarang kat tempat keja aku nie penyakit mata merah a.k.a conjunctivitis sedang berleluasa. SO agak banyak jugakla member bercuti-cutian sekarang nie.

Hmm... Sekarang nie otak aku da kering yang amat sampai takde langsung idea yang datang.. So agak lonely jugaklah blog aku nie.. Kesian.. Tuannya nie just hangat-hangat taik ayam menaip kat sini... Bianhamida my blog... T_T

CREDIT TO OWNER


Sebenarnya aku sekarang tengah mencari-cari drama japanese yang best.. Nak berjinak-jinak semula la kununnye sebab da terlampau lama sangat tengok drama korea kan... :) So da tak mau feel jiwang-jiwang aku pun try la tengok drama jepun  pula... So aku pun bertanya la kat kawan aku nie... Sebab beliau agak advance sikit dalam hal nie kan...Tapi malangnya dia tak berapa da nak tengok cite drama.. Dia lagi suka tengok anime.. So dia suggest aku tengok anime "No Game... No Life..."

Anime ni memang best...! Cerita ini mengisahkan gamer yang dikenali sebagai BLANK yang boleh mengalahkan 1200 gamer dalam satu masa. Para gamer menganggap BLANK mengunakan cheat semasa bermain tetapi sebenarnya tidak. BLANK dianggotai oleh dua orang adik-beradik iaitu Sora dan Shiro. Suatu hari mereka mendapat jemputan daripada "Tuhan" untuk dilahirkan semula (REBORN) ke dunia game. Dekat dunia tu diorang hanya dibenarkan untuk bermain game untuk menyelesaikan masalah. So segala keganasan seperti membunuh, merompak dan sebagainya adalah dilarang sama sekali.  ;)

CREDIT TO OWNER

Huhu...Sinopsis yang aku bagi nie macam tak berapa nak best kan? Takpe.. korang try la tengok dulu... So lepas tu baru komen best ke tak... :) Anime nie baru je lepas habis season 1. Season 2 tak tahu lagi bila nak dikeluarkan... Aku lepas je habis tengok season 1 memang tak sabar-sabar nak tunggu season 2. Anime nie pun ada manga juga. Tapi kat manga lambat sangat.. Malas nak tunggu...

So kalo rasa-rasa nak tengok pergi lah kat SINI..


Okay sampai sini je coretan aku petang nie.... Bubye...



p/s Just peringatan wahai reader semua... Anime nie ada unsur-unsur pervert... Walau tak banyak tapi penulis tetap nak buat reminder juga... Takut kang korang terkejut beruk bila tengok cite tu nanti... Huhu..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan