MY REVIEW: AMAGI BRILLIANT PARK


5 Disember 2014

Halluu... Bertemu lagi kita... ^^v


Hari nie aku nak kongsi anime baru lagi ngan korang.. Anime nie agak baru juga sebab episode anime nie still ongoing lagi.. Buat masa sekarang la.. So jangan lak confuse kalo anda tengah membaca entry nie di tahun 2020 ke kan... Hoho... (Entah wujud lagi ke blog nie... Haha)

Anime hari nie bertajuk Amagi Brilliant Park


Amagi Brilliant Park merupakan sebuah taman hiburan di Jepun yang sudah lama. Satu hari Seiya Kanie dipaksa untuk pergi ke taman tersebut oleh seorang gadis misteri, Isuzu Sento. Sampai je diorang disana, Seiya amat terkejut dengan keadaan taman hiburan itu yang sudah usang dan tidak terurus. Selepas saja Seiya mencuba perkhidmatan yang terdapat di taman tersebut, dia di bawa berjumpa dengan Puteri Latifah Fleuranza, Pengurus sebenar Taman Hiburan tersebut.

Puteri Latifah meminta bantuan daripada Seiya untuk menjadi pengurus taman hiburan tersebut kerana dia percaya hanya dengan bantuan Seiya sahaja dapat mengembalikan kegemilangan Taman tersebut. Selain itu juga, Seiya kena memastikan taman tersebut dikunjungi oleh 250 000 orang dalam masa 3 bulan!! So adakah seiya akan terima proposal dari Puteri Latifah? Dan bagaimana caranya untuk pastikan Amagi Brilliant Park supaya tidak ditutup? So Kalau nak tahu cerita seterusnya.. jom tengok sesama.. Sebab aku pun nak tahu juga.. Hihihikk...


CREDIT TO OWNER


My Review:

Plot : 5/5
Karakter : 5/5
Ulasan: First time aku baca sinopsis cite nie kat kissanime .com (buang space) aku tak berapa tertarik sangat. Lebih-lebih lagi poster yang digunakan tu poster yang paling atas tu (poster yang first tu). Macam tak menarik je poster dia.. Lepas tu aku tengok komen budak-budak lain kat page tu... Semua cakap cite nie best.. Sebab tu try tengok.. And.. Tadaa... Memang tak mengecewakan... Cite nie sangat funny dan sangat best... Memang tak rugi untuk didownload dan tengok ngan famili... ^^.


p/s: Sekarang penulis sangat addicted tengok cite anime...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan