Hari nie aku nak berkongsi tentang anime yang aku da tengok dan patut aku share supaya korang tau cite tu patut di tengok... Hahaha..
Maybe da ada orang tengok.. and maybe ada yang tak tengok lagi.. So aku fokuskan benda nie kepada yang belum tengok...
So anime yang aku sarankan untuk korang tengok ialah... Haikyuu!!
CREDIT TO OWNER |
Cite Haikyuu!! berkenaan dengan seorang pelajar sekolah (Shouyo Hinata) yang meminati sukan volleyball selepas menyaksikan satu perlawanan volleyball di televisyen. Oleh sebab dia cinta sampai mati dengan sukan nie dia pun masuklah club volleyball tapi malangnya club tu takde member langsung... Tapi atas usaha gigih Shouyo, akhirnya dia dapat mengumpulkan 6 ahli termasuk dia dan selepas tu diorang pun masuk pertandingan. Tapi malangnya group diorang terpaksa berlawan dengan pasukan favourite dalam pertandingan tersebut dan di dalam pasukan itu ada seorang pemain yang dikenali sebagai "King Of The Court" (Kageyama Tobio). So karakter Kageyama nie agak kerek sket la tapi dia memang seorang yang terer.. So dalam pertandingan tu, sekolah Shouyo kalah terukla dengan sekolah kageyama.
Selepas pertandingan itu, Shouyo telah menjadikan Kageyama sebagai rivalnya dan berjanji untuk mengalahkan Kageyama. Selepas beberapa bulan kemudian, Shouyo memasuki high school yang baru dan disana dia telah menjoinkan diri dalam Club Volleyball (Karasuna Volleyball High School). Dalam keadaan excited menuju ke club... Tetiba dia tenampak Kageyama Tobio di dalam club tuu.. Rupa-rupanya Kageyama adalah antara rakan pasukannya yang baru.
So kalau nak tahu apa yang jadi selepas nie.. Korang tryla tengok cite nie... Tak rugi punya... :)
My Review:
Plot : 5/5
Karakter : 5/5
Ulasan: Sangat best dan disarankan untuk ditengok... *Thumb Up
p/s So kepada pemohon BR1M yang masih belum mengisi atau mengemaskini permohonan anda bolehlah mengemaskini di SINI bermula pada1 Disember 2014 - 31 Disember 2014